CoSComm | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » CoSComm

CoSComm

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI (CoSComm)

Kami adalah pejabat utama UPM yang menguruskan Strategi Korporat dan Komunikasi. Kami menghasilkan dokumen Pelan Strategik, laporan petunjuk utama prestasi universiti, laporan penarafan universiti, pengurusan jaminan kualiti akademik, pengurusan maklumat, pengurusan risiko, pengurusan kesinambungan perkhidmatan, pengurusan nilai, pengurusan laman web utama UPM, protokol, pengurusan majlis rasmi utama, perhubungan media, komunikasi krisis, pengurusan pelawat, perjanjian persefahaman antara institusi, penerbitan akhbar Tribun Putra, e-newsletter, dan mengurus informasi dalam sosial media.

Kami mempunyai dua bahagian: Bahagian Perancangan Strategik, iaitu pengurus strategi korporat dan Bahagian Perhubungan Korporat, iaitu pengurus komunikasi strategik.

Bahagian Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam Pengurusan Strategik, Perisikan Perniagaan, dan Pengurusan Risiko. Manakala Bahagian Perhubungan Korporat, melaksanakan fungsinya secara integrasi dan komprehensif dengan perancangan strategik melalui aktiviti Komunikasi Korporat, Pemasaran dan Penjenamaan.

Kami bersama-sama memacu UPM ke arah menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dan berusaha untuk menjulang UPM dalam Putra Global 200. Kami menyumbang ke arah pencapaian matlamat universiti adalah melalui pengurusan strategi korporat yang berkesan, membentuk citra dan reputasi universiti yang cemerlang, meluaskan perhubungan korporat dan sekali gus menyemarakkan semangat kesetiaan dan kebanggaan kepada UPM.


Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273