Pengenalan | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Perancangan Strategik » Pengenalan

Pengenalan

PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020 mendasari komitmen UPM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dengan melonjakkan pencapaian kedudukan UPM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia dalam penilaian QS World University Ranking, dan pencapaian tersebut secara langsung memberi manfaat kepada universiti dan negara seperti berikut:

  1. Menonjolkan reputasi kesarjanaan UPM khususnya dalam penerokaan penyelidikan, penemuan dan pengembangan ilmu serta menghasilkan teknologi dan inovasi untuk kemakmuran masyarakat dan kemajuan negara
  2. Menghasilkan graduan berkualiti yang mempunyai nilai tambah dan bersifat global, sekali gus meningkatkan daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan;
  3. Menjadi destinasi pengajian dan pusat rujukan penyelidikan pada peringkat antarabangsa;
  4. Meningkatkan budaya prestasi tinggi dalam kalangan komuniti UPM; dan
  5. Menarik minat pelaburan dalam penjanaan pendapatan dan menyokong kecemerlangan aktiviti UPM.

Dengan melihat perspektif dan cabaran yang menyeluruh, maka UPM telah menghasilkan matlamat Pelan Strategik 2014-2020 seperti berikut:

MATLAMAT  1   
Mempertingkatkan Kualiti dan Daya Saing Graduan

MATLAMAT 2                   
Penjanaan Nilai Melalui Ekosistem RDCE yang Mantap dan Lestari

MATLAMAT 3                   
Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat

MATLAMAT 4                   
Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian

MATLAMAT 5                   
Mempertingkat Kualiti Tadbir Urus


Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273