Pengenalan | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Penarafan Universiti » Pengenalan

Pengenalan

Bahagian Perancangan Korporat (BPK) bertanggungjawab menyelaras proses pengumpulan dan pengurusan data untuk penyertaan Universiti Putra Malaysia dalam pelbagai penarafan universiti yang berkaitan serta menyediakan analisis data dan membuat laporan berdasarkan keputusan pihak penganjur berkenaan dengan pencapaian universiti. Selain daripada itu, BPK juga menjadi ejen perhubungan antara pihak Universiti Putra Malaysia dengan penganjur penarafan dari dalam dan luar negara.

UPM telah terlibat dengan pelbagai penarafan institusi pengajian tinggi tempatan dan juga antarabangsa antaranya adalah:

  1. Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) yang dianjurkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  2. World University Ranking dan Asian University Ranking yang dianjurkan oleh Quacquarelli Symonds (QS)
  3. GreenMetric World University Ranking yang dianjurkan oleh Universitas Indonesia(UI)
  4. Times Higher Education (THE) World University Ranking
  5. Academic Ranking for World University (ARWU yang dianjurkan oleh Shanghai Jiao Tong University

Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273