Kriteria Penarafan | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Penarafan Universiti » Kriteria Penarafan

Kriteria Penarafan

Setiap penarafan mempunyai kriteria atau indikator tersendiri bagi mengukur tahap pencapaian sesebuah universiti. Berikut adalah kriteria dan indikator yang diambilkira mengikut penarafan yang terlibat.


Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) adalah eksesais penandaarasan IPT yang dianjurkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi mengukur prestasi pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasiswazah dalam kalangan Universiti dan Kolej Universiti di Malaysia. Instrumen SETARA ini menggunakan enam tahap Kerangka Kelayakan Malaysia serta menggunakan domain Input, Proses dan Output bagi mengukur kualiti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

DIMENSI GENERIK  DOMAIN  PEMBERAT
 INPUT (20%)    Urustadbir  12%
 Sumber Fizikal dan Kewangan  3%
 Bakat  5%
 PROSES  Kurikulum  40%
 OUTPUT  Kualiti Graduat  40%

QS - University Ranking

Pada tahun 2004 hingga 2009, QS lebih dikenali sebagai THE-QS kerana kerjasamanya dengan Times Higher Education (THE) dalam menghasilkan penarafan universiti. Namun pada tahun 2010, QS dan THE telah bergerak secara berasingan bagi menghasilkan penarafan universiti dengan menggunakan metodologi dan instrumen yang berbeza.

Quacquarelli Symonds (QS) adalah sebuah syarikat yang berpusat di Singapura yang telah menganjurkan Asia University Ranking (AUR) bermula pada tahun 2009 iaitu selepas lima tahun pelaksanaan World University Ranking (WUR) pada tahun 2004.

Kriteria Penarafan QS

Penarafan QS menggunakan beberapa sumber maklumat bagi menghasilkan keputusan penarafan universiti Asia dan Dunia iaitu melalui;

  1. Global Survey dengan melaksanakan Academic Peer Review dan Recruiter Peer Review;
  2. Sciverse Scopus bagi mendapatkan maklumat berkaitan penyelidikan dan;
  3. QS Database iaitu maklumat yang diperolehi daripada institusi-institusi yang terlibat melalui pengisian data ke dalam pangkalan data QS.

UPM terlibat dalam kedua-dua penarafan yang dijalankan oleh QS iaitu Asia University Ranking (AUR) serta World University Ranking (WUR). Kedua-dua penarafan ini menggunakan sistem pangkalan data yang sama bagi menganalisis keputusan penarafan. Namun terdapat sedikit perbezaan metodologi antara kedua-dua penarafan ini. Jadual menunjukkan perbezaan kriteria pemarkahan antara QS-AUR serta QS-WUR.

 

Criteria

QS –AUR

QS – WUR

SOURCES

INDICATOR

WEIGHT

INDICATOR

WEIGHT

Research Quality

Asian Academic Peer Review

30 %

Global Academic Peer Review

40 %

Global Survey

Papers per Faculty

15 %

-

-

Sciverse Scopus

Citations per Faculty

15 %

Citations per Faculty

20 %

Sciverse Scopus

Teaching Quality

Student Faculty Ratio

20 %

Student Faculty Ratio

20 %

QS Database

Graduate Employability

Asian Employer Review

10 %

Global Employer Review

10 %

Global Survey

Internationalisation

International Faculty

2.5 %

International Faculty

5 %

QS Database

International Students

2.5 %

International Students

5 %

QS Database

Inbound Exchange Students

2.5 %

-

-

QS Database

Outbound Exchange Students

2.5 %

-

-

QS Database

UI - GreenMetric World University Ranking

Penarafan dunia GreenMetric yang dianjurkan oleh Universitas Indonesia telah diperkenalkan pada 2010. Tujuan utama penarafan ini diadakan adalah untuk menyediakan keputusan bersandarkan kepada soal selidik online berkenaan dengan situasi semasa dan polisi-polisi yang berkaitan dengan Kampus Hijau serta pemeliharaannya dalam universiti seluruh dunia.

 

CRITERIA WEIGHT
Setting and Infrastructure 24%
Energy and Climate Change 28%
Waste 15%
Water 15%
Transportation 18%

Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273