Pengenalan | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Pengurusan Nilai » Pengenalan

Pengenalan

Pengenalan 

Pengurusan Nilai bertujuan untuk mengenal pasti, menyediakan pilihan dan mengeluarkan komponen dan kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, projek dan sistem tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.  Ianya adalah  pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi.


Skop Pelaksanaan Pengurusan Nilai

Pelaksanaan Pengurusan Nilai di UPM merangkumi 3 skop utama iaitu:

  1. Perancangan  dan pelaksanaan projek fizikal 
    Melibatkan projek bernilai RM500,000.00 dan ke atas serta mana-mana projek bernilai kurang dari RM500,000.00 yang perlu melalui proses Pengurusan Nilai mengikut arahan dari Jawatankuasa Pengurusan Universiti;
  2. Perancangan dan pelaksanaan program utama Universiti 
    Melibatkan program-program tahunan Universiti yang berkos tinggi seperti Istiadat Konvokesyen, Minggu Perkasa Putra, PRPI serta mana-mana program lain yang perlu melalui proses Pengurusan Nilai mengikut arahan dari Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan;
  3. Perancangan dan pembangunan sistem 
    Melibatkan sistem ICT yang perlu dibangunkan dengan kos yang tinggi serta mana-mana sistem lain yang perlu dibangunkan melalui proses Pengurusan Nilai mengikut arahan dari Jawatankuasa  Pengurusan Universiti.

Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273