Tuanku Canselor Anugerah 12 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Tuanku Canselor Anugerah 12 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM

Tuanku Canselor Anugerah 12 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM



SEPANG, 29 Ogos – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah terbaik kepada 12 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM pada Majlis Santapan Malam Rejimental 2014.

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Darat) dianugerahkan kepada Lt. Muda Norjihah Mohamad Yusof dan Pegawai Kadet Kanan Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Laut), Lt. Muda Nurul Nabilah Mohd Fedzir.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin; Tan Sri Dato; Sri Lim Ah Lek; Tan Sri Dato’ Rozali Ismail dan Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan.




Bagi kategori Tentera Darat, Pegawai Kadet Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Muhammad Ammar Asma’I Hamid; Pegawai Kadet Terbaik Wanita Terbaik, Lt. Muda Norfatin Izzatie Mohamad Saimi; Pegawai Kadet Akademik Ketenteraan Terbaik, Lt. Muda Farid Idham Mohd Affandi; Pegawai Kadet Kawat Terbaik, Lt. Muda Muhammd Assiddiq Ramizan; Penembak Terbaik, Lt. Muda Mohamad Faiz Mohd Pauzi dan Pegawai Kadet Akademik Terbaik, Lt. Muda Nurfikriah Mohd Zikiri.

Untuk kategori Tentera Laut, Pegawai Kadet Kanan Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Akmal Hayat Abdul Karim; Pegawai Kadet Kanan Wanita Terbaik, Lt. Muda Dzalika Dzamdin; Pegawai KAdet Kanan Akademik Ketenteraan Terbaik, Lt. Muda Farah Husna Sahari dan Pegawai Kadet Kanan Akademik Terbak, Lt. Muda Norma Mat Zain.

 




Malam Rejimental merupakan majlis tahunan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UPM Ambilan Ke-33 (Darat) dan Ambilan Ke-8 (Laut) yang berjaya menjalani latihan ketenteraan. – UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273