» MUAT TURUN » Brosur Maklumat Program Pengajian Pascasiswazah
Brosur Maklumat Program Pengajian Pascasiswazah
UPM menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara bagi meningkatkan imej dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi berbanding Universiti awam lain di Malaysia.