
Penubuhan Seksyen Jaminan Kualiti Akademik (SJKA) adalah selaras dengan penganugerahan status SWA Akredtasi kepada UPM pada 29 April 2010 yang telah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pembudayaan kualiti akademik dan penambahbaikan berterusan adalah sejajar dengan keperluan SWA Akreditasi dan Daftar Kelayakan Malaysia (MQF). Dengan pengiktirafan ini, SJKA telah dipertanggungjawbkan untuk menguruskan kualiti program akademik bagi menepati standard amalan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh MQA.
Seksyen Jaminan Kualiti Akademik berperanan:
- sebagai badan penyelaras SWA Akreditasi di antara Bahagian Akademik/Sekolah Pengajian Siswazah/Fakulti untuk memastikan program pengajian menepati standard Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan selari dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)
- membangunkan dua (2) Prosedur SWA Akreditasi Sementara (OPR/PNC-BPK/P003) dan prosedur SWA Akreditasi Penuh (OPR/PNC-BPK/P004).
- menyediakan database Panel Penilai Dalaman Universiti dan log program pengajian UPM.
- menyelaraskan bengkel audit kepada Panel Penilai Dalaman Universiti
- menyediakan laporan dwitahunan SWA Akreditasi kepada pihak MQA
- menyediakan laporan untuk Mesyuarat Ketua Pengurusan Kualiti IPTA (MPQ-IPTA
Updated:: 25/11/2014 [amir_peli]
MEDIA SHARING