Visi universiti untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa turut menekankan kepentingan penyediaan infrastruktur yang kondusif bagi menyokong proses pembelajaran kepada para pelajar. Justeru, pelaksanaan penilaian kemudahan di kolej kediaman Universiti Putra Malaysia dapat mengenalpasti status (rating) kemudahan kolej sedia ada dalam memberi kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar. Ini secara langsung menjamin keselesaan, keselamatan serta menyokong peranan kolej sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan sahsiah pelajar.
Updated:: 25/11/2014 [amir_peli]