Panel Of Assessor | OFFICE OF CORPORATE STRATEGIC AND COMMUNICATION
» ABOUT US » Academic Quality Assurance » Panel of Assessor

Panel of Assessor

Selari dengan penganugerahan status SWA Akreditasi UPM, pihak MQA telah menggariskan beberapa keperluan pengakreditan program pengajian. Salah satu keperluan tersebut ialah “institusi SWA Akreditasi hendaklah menjalankan proses penilaian semula yang komprehensif terhadap program yang telah diakredit dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti program ini dapat dipertingkatkan”.

Kriteria pemilihan Panel Penilai

  1. Panel Penilai yang dilantik adalah mereka yang dicalonkan oleh Dekan Fakulti masing-masing
  2. Menghadiri taklimat Panel Penilai
  3. Menghadiri Kursus/Latihan Audit Program Pengajian kepada Panel Penilai

Senarai Panel Penilai

Seramai 74 orang staf akademik  telah dilantik sebagai Panel Penilai bagi tempoh dua (2) tahun mulai 01 Ogos 2012 hingga 31 Julai 2014. Manakala 45 orang staf akademik telah dilantik semula untuk tempoh dua (2) tahun mulai 01 Februari 2014 hingga 31 Januari 2016.

Senarai Panel Peniali UPM adalah seperti dilampiran berikut : BGRKO1_Senarai_Panel_Penilai_Universiti.pdf

Tugas-tugas Panel Penilai (PP)

Setiap program pengajian akan diaudit oleh tiga (3) orang Ahli Panel Penilai (APP) dimana salah seorang akan dilantik sebagai Pengerusi Panel Penilai (PPP). Tugas PPP dan APP adalah:

  1. meneliti dokumen program pengajian menyediakan laporan penilaian secara bertulis (pra lawatan).  Laporan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan 
    Format laporan pra lawatan seperti dilampiran berikut : BGRKO1_Pre_Visit_Report.pdf
  2. PPP akan menyediakan laporan penuh audit program pengajian. 
    Format laporan penuh adalah sepeti dilampiran berikut : BGRKO1_Post_Visit_Report_.pdf

Updated:: 25/11/2014

MEDIA SHARING

OFFICE OF CORPORATE STRATEGIC AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273