Pengagihan bajet kepada PTJ perlu mengambilkira elemen prestasi PTJ bagi meningkatkan produktiviti setiap PTJ serta menerapkan budaya perbelanjaan berhemah. Oleh itu, Bahagian Perancangan Korporat (BPK) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Indeks Produktiviti (PI) bagi mengukur tahap pencapaian setiap PTJ mulai pertengahan tahun 2011, yang telah diambilkira oleh Pejabat Bendahari. Indeks produktiviti (PI) ini menentukan jumlah belanja mengurus yang diperolehi oleh PTJ. Sebagai permulaan kaedah pengagihan bajet ini hanya melibatkan fakulti dan institut.
Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]