Jawatankuasa Putra Global (JPG) | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Perancangan Strategik » Jawatankuasa Putra Global (JPG)

Jawatankuasa Putra Global (JPG)

awatankuasa Putra Global (JPG) merupakan salah satu inisiatif dalam tadbir urus Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang memfokuskan kepada pengantarabangsaan dan sekali gus menyokong hasrat universiti dalam Putra Global 200. Jawatankuasa ini dilantik oleh Naib Canselor melalui surat lantikan bertarikh 22 Januari 2014 dan dianggotai oleh:

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Pengerusi)

Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar


Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd Yusoff

Jabatan Mikrobiologi
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul 


Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin

Pengarah, 
Bahagian Perancangan Korporat


Prof. Madya Dr. Ramdzani Abdullah
Dekan, 
Fakulti Pengajian Alam Sekitar


Prof. Madya Dr. Shameem Mohd Rafik Khan

Pengarah, 
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi


Abdullah Arshad (Setiausaha)

Ketua, 
Bahagian Perancangan Korporat 


Jawatankuasa ini bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor dan mempunyai peranan seperti berikut:

  1. Mengenalpasti keperluan dan strategi bagi penarafan universiti dunia secara menyeluruh
  2. Merancang dan memantau kaedah perlaksanaan bagi meningkatkan prestasi UPM selari dengan kehendak penarafan universiti dunia
  3. Menjadi penasihat serta memberi cadangan kepada Naib Canselor berkenaan hala tuju bagi meningkatkan prestasi UPM

Kemaskini:: 25/11/2014 [amir_peli]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466009
0389487273