Setiap penarafan mempunyai kriteria atau indikator tersendiri bagi mengukur tahap pencapaian sesebuah universiti. Berikut adalah kriteria dan indikator yang diambilkira mengikut penarafan yang terlibat.
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) adalah eksesais penandaarasan IPT yang dianjurkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi mengukur prestasi pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasiswazah dalam kalangan Universiti dan Kolej Universiti di Malaysia. Instrumen SETARA ini menggunakan enam tahap Kerangka Kelayakan Malaysia serta menggunakan domain Input, Proses dan Output bagi mengukur kualiti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
DIMENSI GENERIK | DOMAIN | PEMBERAT |
INPUT (20%) | Urustadbir | 12% |
Sumber Fizikal dan Kewangan | 3% | |
Bakat | 5% | |
PROSES | Kurikulum | 40% |
OUTPUT | Kualiti Graduat | 40% |
QS - University Ranking
Pada tahun 2004 hingga 2009, QS lebih dikenali sebagai THE-QS kerana kerjasamanya dengan Times Higher Education (THE) dalam menghasilkan penarafan universiti. Namun pada tahun 2010, QS dan THE telah bergerak secara berasingan bagi menghasilkan penarafan universiti dengan menggunakan metodologi dan instrumen yang berbeza.
Quacquarelli Symonds (QS) adalah sebuah syarikat yang berpusat di Singapura yang telah menganjurkan Asia University Ranking (AUR) bermula pada tahun 2009 iaitu selepas lima tahun pelaksanaan World University Ranking (WUR) pada tahun 2004.
Kriteria Penarafan QS
Penarafan QS menggunakan beberapa sumber maklumat bagi menghasilkan keputusan penarafan universiti Asia dan Dunia iaitu melalui;
UPM terlibat dalam kedua-dua penarafan yang dijalankan oleh QS iaitu Asia University Ranking (AUR) serta World University Ranking (WUR). Kedua-dua penarafan ini menggunakan sistem pangkalan data yang sama bagi menganalisis keputusan penarafan. Namun terdapat sedikit perbezaan metodologi antara kedua-dua penarafan ini. Jadual menunjukkan perbezaan kriteria pemarkahan antara QS-AUR serta QS-WUR.
Criteria |
QS –AUR |
QS – WUR |
SOURCES |
||
INDICATOR |
WEIGHT |
INDICATOR |
WEIGHT |
||
Research Quality |
Asian Academic Peer Review |
30 % |
Global Academic Peer Review |
40 % |
Global Survey |
Papers per Faculty |
15 % |
- |
- |
Sciverse Scopus |
|
Citations per Faculty |
15 % |
Citations per Faculty |
20 % |
Sciverse Scopus |
|
Teaching Quality |
Student Faculty Ratio |
20 % |
Student Faculty Ratio |
20 % |
QS Database |
Graduate Employability |
Asian Employer Review |
10 % |
Global Employer Review |
10 % |
Global Survey |
Internationalisation |
International Faculty |
2.5 % |
International Faculty |
5 % |
QS Database |
International Students |
2.5 % |
International Students |
5 % |
QS Database |
|
Inbound Exchange Students |
2.5 % |
- |
- |
QS Database |
|
Outbound Exchange Students |
2.5 % |
- |
- |
QS Database |
UI - GreenMetric World University Ranking
Penarafan dunia GreenMetric yang dianjurkan oleh Universitas Indonesia telah diperkenalkan pada 2010. Tujuan utama penarafan ini diadakan adalah untuk menyediakan keputusan bersandarkan kepada soal selidik online berkenaan dengan situasi semasa dan polisi-polisi yang berkaitan dengan Kampus Hijau serta pemeliharaannya dalam universiti seluruh dunia.
CRITERIA | WEIGHT |
Setting and Infrastructure | 24% |
Energy and Climate Change | 28% |
Waste | 15% |
Water | 15% |
Transportation | 18% |
Updated:: 25/11/2014 [amir_peli]